Wednesday, December 15, 2010

Info Ekonomi Iraq

Negara Industri Seluruh Dunia Berada Di Iraq
Negara kuasa ekonomi dari seluruh dunia berada di Iraq, sama ada atas misi ketenteraan atau misi sukarelawan, datang membantu membina persekitaran yang selamat, terkawal dan polisi ekonomi yang berkesan. Trilion dollar telah dijanjikan untuk pembangunan dan pemulihan di Iraq. Pembinaan semula infrastruktur terutamanya kuasa elektrik, air, jalanraya dan lebuhraya, sistem telefon dan IT dan perkhidmatan kesihatan dan kemanusiaan telah pun bermula.

Iraq Memacu Arah Yang Betul
Perjanjian Serantau Iraq terus menjalin hubungan penting dalam usahanya untuk mengeksport rezab minyak dan gas melalui saluran paip yang sedia ada dengan negara jiran.

Sistem Matawang Iraq
Sistem kewangan yang baru dilancarkan menggalakkan pelaburan asing, kunci utama untuk membina ekonomi yang kukuh.

Bank Pusat Iraq (CBI)
Bank Pusat Iraq adalah agensi bebas, tidak dikuasai oleh parti politik yang pelbagai di Iraq dan di audit oleh Ernst & Young International.

Bursa Saham Iraq
Bursa saham baru dibuka baru-baru ini telah merekodkan jumlah dagangan tinggi, melonjakkan harga saham 27 syarikat tersenarai. 2 bilion saham telah bertukar tangan hanya dalam 6 sesi dagangan.

Pasaran Bon Iraq
Bank pusat Iraq mengeluarkan bon perbendaharaan pertama pada 18 Julai 2006,
telah disertai secara menyeluruh oleh bank komersil swasta di Iraq.

Pasaran Hartanah Iraq
Pasaran hartanah berkembang pesat, semuanya akibat polisi ketat dan harga yang
dikawal semasa regim Saddam Hussin. Duit mengalir ke Iraq membolehkan warganegara
memiliki rumah di kawasan eksklusif yang selama ini dikhaskan untuk kakitangan
kerajaan.

Pengeluaran Minyak Iraq
Kerajaan Iraq sudah pun dibentuk, membawa kepada pembangunan semula telaga minyak. Perjanjian dengan syarikat minyak antarabangsa sudah dimeterai demi memaksimumkan hasil kekayaan minyak negara ini.

Harapan Kemajuan
Dijangkakan dalam tempoh 1 hingga 2 tahun, telaga minyak Iraq boleh mengeluarkan cukup minyak untuk menjana hasil negara. Tempoh 5 hingga 10 tahun diperlukan bagi membolehkan Iraq kembali ke arena dunia dari segi ekonomi, politik dan sosial.

No comments:

Post a Comment